Khamis, 13 Julai 2017

Wanita vs Fibroid atau Cyst

Wanita vs Fibroid /Cyst



Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen  yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- Haid yang tidak teratur / berpanjangan
- Sakit perut
- Sakit ketika hubungan kelamin
- Perut membuncit
- Pendarahan abnormal
- Sengunggut yg melampau
- Anemia

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

GLA Complex?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 

Vitamin ACE
- Suplemen yang mengandungi vitamin A seperti Carotomax, Vitamin C, Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang perlu untuk badan kita menentang radikal bebas dari terus menyerang dan merosakkan sel badan kita.


Kredit ~ Dr. Malinda


Love
Sue Anna

6 ulasan:

http://rieina.blogspot.com/ berkata...

Seram dengo Fibroid CYST...takut pon ada..amalkan lah pemakanan sihat..in sha allah tiada apa berlaku pada anda semua

Asyrafiah Sabri berkata...

Vitamin ACE baru Asy tau. Tgank you for sharing!

Jida berkata...

semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari penyakit-penyakit yang berisiko begini.

Unknown berkata...

Seram dgr tentang fibroid ne ..itu sebabnya saya sntiasa amalkan GLA Shaklee untk langkah pencegahan

Unknown berkata...

Seram dgr tentang fibroid ne ..itu sebabnya saya sntiasa amalkan GLA Shaklee untk langkah pencegahan

cekgumanes berkata...

Sebab tuh,kita wanita pun sama-sama kena jaga pemakanan. Elakkan fast food sebolehnya. Minuman bergas juga elakkan. Amalkan makanan seimbang. Terima kasih info ini.

Set Kecergasan untuk Lelaki (Vitality set)

Opsss bukan wanita sahaja yang ada vitamin khas tau tetapi lelaki juga ada. Shaklee telah mencipta set khas untuk lelaki yang mahukan kesiha...