Hikmah Puasa di Bulan Ramadhan
Assalammulaikum dan Selamat Pagi Alhamdulilah, masih diberi peluang bersama-sama dengan keluarga tercinta menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Berpuasa bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. R asulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan Dibuka semua pintu Syurga seluas-luasnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, bersabda: Ertinya: “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru p...