Doa memulakan sesuatu
Alhamdulilah setelah sekian lama menyepi, baru hari ini diberi kesempatan untuk menceriakan kembali blog kesayangan ku ini, Insyallah selepas ini blog ini akan terus aktif dan saya akan sentiasa berkongsi kepada anda semua tentang Produk Shaklee dan apa-apa sahaja info yang berguna untuk kita semua..
sebelum memulakan sesuatu adalah lebih baik kita baca doa ini
"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”
“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”
“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”
“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”
“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”
“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini iaitu tercapai objektif atau matlamat pekerjaan,mendapat kemenangan terhadap musuh, mendapat cahaya memberi petunjuk ilmu dan pekerjaaan, mendapat berkat kemurahan rezeki yang halal lagi baik, mendapat hidayah agar tetap mengikut petunjuk dan menjauhi hawa nafsu dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang ada pada hari ini dan segala kejahatan yang ada selepas hari ini."
Sebenarnya banyak lagi doa yang korang boleh amalkan berserta niat untuk bekerja..
Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua..
Semoga apa yang kita buat akan sentiasa mendapat rahmati darinya..
Semoga Ibadah kita diterima Allah SWT
Dan semoga kebaikan dunia akhirat milik kita..
Ulasan