Khamis, 29 Jun 2017

5 Cara Hilangkan Rasa Letih dan lesu badan dengan mudah

5 CARA HILANGKAN RASA LETIH DAN LESU BADAN DENGAN MUDAH

Assalammualaikum...



Semua orang memang ada rasa macam ni pada suatu ketika badan rasa malas mau buat apa-apa. Rasa letih dan mengantuk seja. Lagi parah bila keadaan ni berlarutan setiap hari.

Sebenarnya bahaya kalau rasa letih dan lesu badan ni berlarutan sebab ia boleh menganggu kerja-kerja kita seharian. Lebih bahaya jika masa itu kita dalam keadaan memandu mahupun menunggang motosikal.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan rasa letih dan lesu badan ni?

5 CARA HILANGKAN RASA LETIH DAN LESU BADAN

1. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kita. Bila tidur kita sendiri tidak pernah cukup badan akan mula rasa letih dan penat. mau bangun tidur pun rasa liat.

Malah ia juga boleh menyebankan kegemukan sebabnya jika tidak cukup tidur akan keluar sejenis hormon yang dipanggil gherin yang boleh meningkatkan selera makan.

2. Senaman di awal pagi. Ramai sebenarnya susah mau lakukan senaman di awal pagi. Asal bangun ja terus capai tuala dan pergi mandi.

Kalau perhatikan orang Korea diorang suka buat regangan badan di awal pagi. Kita pun boleh sebenarnya. Sebelum bangun tidur tu, goyangkan kaki. Pusingkan pergelangan kaki secara bulatan. Lepas tu angkat tangan regangkan badan dan kaki. Kalau buat sebenarnya memang rasa segar skit badan.

3. Ramai yang suka abaikan sarapan di awal pagi ni. Tahu kan antara punca rasa letih dan tak bertenaga ialah tidak bersarapan. Badan bukan sahaja akan rasa letih malah ini juga akan menyebabkan peningkatakan berat badan.

4. Gaya makan yang seimbang sebenarnya sangat membantu untuk hilangkan rasa letih dan lesu badan. Pastikan cukup segala zat dan nutrisi yang diperlukan dalam badan. Paling penting banyakkan minum air masak ye..bukan air manis untuk elakkan badan kekurangan air.

5. Pengambilan supplement pun sebenarnya sedikit sebanyak membantu supaya badan kita kekal sihat, segar dan bertenaga. Setiap manusia mempunyai tahap metabolisma yang berbeza.

Dan paling utama, bila semakin meningkat umur kita semakin banyak kita perlukan zat dan nutrisi yang lengkap sebabnya bila semakin berusia, banyak fungsi dalam badan kita semakin lemah. Ini sedikit sebanyak menganggu kesihatan kita.


Love
Sue Anna

6 ulasan:

Nowa Mommy berkata...

Musim raya macam ni perlu juga rehat yang cukup

Suzira Vun Sang berkata...

Sy pun pernah jugak rasa malas sangat nak buat apa² kerja, sebabnya tidur x pernah cukup sbb ada anak kecil..

syazara.blogspot.com berkata...

Sebab tu badan kita kena topup dgn suplemen kan.

Jesnah Tommy berkata...

Best tips .. Kadang2 ada masa badan malas btull .. Haha nasib baik ada performance drink ..

Fal berkata...

Good tips.nak amalkan juga lepas ni

Byte Jannate berkata...

terbaik tips ini. Boleh diamalkan setiap hari. Senaman sangat penting dilakukan setiap hari bagi melancarkan perjalan darah dalam badan. Sekaligus membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan cukup.

YOUHT SKINCARE SHAKLEE TERBAIK, BERKESAN & 100% SEMULAJADI

YOUTH SKINCARE SHAKLEE Sebut saja Youth skincare pasti ramai yang tahu sebab keberkesanan dan kandungan skincare tersbut. Walaupun lamb...