Isnin, 12 Jun 2017

Perbezaan antara Vitamin Semulajadi dengan Vitamin Sintetik

Assalammulaikum & salam sejahtera semua..




Sebut saja pasal vitamin mesti kita tidak ambil kisah sangat tentang kandungan vitamin tersebutkan..Sebelum ini saya pun tak ambil kisah sangat tentang vitamin sama ada ia vitamin semulajadi ataupun vitamin sintetik.. yala bagi saya semua itu adalah sama, sebab tiada pendedahan daripada sesiapa pun tentang ni..lagi-lagi masa sekarang ini vitamin umpama cendawan tumbuh selepas hujan, terlalu banyak vitamin dijual dipasaran tetapi adakah vitamin yang kita ambil itu betul-betul sesuai dengan badan kita ataupaun tidak dan adakah ianya vitamin semulajadi ataupun sentitik

Tapi syukur alhamdulilah, sejak terjebak dengan Shaklee, banyak info tentang vitamin & info kesihatan yang saya pelajari dan perolehi...
So hari ini saya nak berkongsi tentang perbezaan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik dan kesannya kepada badan kita.



Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik




Perbezaan antara Vitamin Semulajadi dengan Vitamin Sintetik

VITAMIN SEMULAJADI
VITAMIN SINTETIK
Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi
Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia
Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah (kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti)
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia,bukan sumber semulajadi
Tidak memerlukan pek ‘silica gel’ dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet
Mengandungi pek kecil ‘silica gel’ dalam botol vitamin (yang macam biji2 dalam kasut tu)
Nama sumber adalah ditulis nama asli seperti fish oil, soy beans, citrus, alfafadan sebagainya
Nama sumber mengandungi ‘-ate’ atau ‘-ide’ seperti acetate, palmitate, thiamine hydrocholoride dan etc
Bahan semulajadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolah menjadi toksin dalam badan. Bila toksin banyak dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul
***JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA VITAMIN YANG MURAH TETAPI BAHAYA UNTUK KESIHATAN KITA***






Kesan kepada tubuh badan

Vitamin Semulajadi mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Oleh itu, ia tidak mempunyai kesan sampingan berbahaya hanya "healing crisis" yang memberikan kesan yang lebih baik

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, kerana vitamin dan mineral lain tidak hadir bersama dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan vitamin sedia ada di dalam badan untuk mengoptimumkan penyerapan vitamin, Contohnya Vitamin C yang tidak hadir bersama biotlavonoids yang sepatutnya bertindak sebagai kofaktor. Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik. 

selain itu, terdapat bahan kimia yang tidak dapat bertindak balas dengan sel di dalam tubuh, yang akan mengakibatkan terjadi toksin dan akan berkumpul di dalam hati.


Oleh itu anda haruslah bijak membuat pilihan.. pilih lah vitamin yang terbaik untuk kesihatan diri anda..pilihan saya semestinya vitamin semulajadi..



Love
Sue Anna

4 ulasan:

Brigett Rusx berkata...

Tq info 😍😍 lepas ni kena pilih dengan bijak

Mezra Bunguh berkata...

Semulajadi lebih baik.. Kena hati2 pilih supelemen. Tq info

Hidayah Ak berkata...

pilih la yg semulajadi.pasti puas hati

Girllyen Marcie berkata...

Saya pilih yang natural saja..

YOUHT SKINCARE SHAKLEE TERBAIK, BERKESAN & 100% SEMULAJADI

YOUTH SKINCARE SHAKLEE Sebut saja Youth skincare pasti ramai yang tahu sebab keberkesanan dan kandungan skincare tersbut. Walaupun lamb...