Sabtu, 17 Jun 2017

Pentingnya Penjagaan Hati

Assalammulaikum & salam sejahtera





Tahukah anda Penjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang?

Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan. Hati merupakan ogan yang penting kepada kehidupan.

Bagaimanapun, fungsi fisiologi yang dilakukannya tidak dilihat atau dirasai sehinggalah hati dibelenggu masalah atau penyakit.


Fungsi Hati



Tanda-tanda Penyakit hati


  • Loya
  • Kelesuan
  • Perubahan warna kulit (mata dan kulit kekuningan)
  • Berat badan berkurangan
  • Masalah kulit seperti gatal-gatal, kulit kering
  • Sakit perut dan perut kembung
  • Warna urin gelap
  • Kurang selera makan
  • Rasa haus yang berlebihan

Kerosakan hati

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata, amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita.

Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan. Salah satu daripada masalah tersebut ialah sirosis dan kegagalan hati. Sirosis ialah istilah yang menggambarkan parut kekal pada hati di mana sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang tidak dapat melakukan sebarang fungsi hati.

Pada hakikatnya, tidak sukar untuk melindungi fungsi hati iaitu hanya perlu menambah Fosfolipid Penting (EPL) dalam diet. EPL ialah blok binaan bagi membran sel hati, yang kini boleh didapati dalam bentuk pemakanan tambahan oral di mana-mana farmasi. Antaranya, Essentiale, pemakanan tambahan oral keluaran Sanofi, yang disarankan dalam rawatan kerosakan hati.

Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata, Essentiale bertindak menjana semula dan menggantikan fosfolipid dalam membran sel hati kita yang rosak. Membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan,

Pendekatan menyeluruh juga perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 


Berikut merupakan beberapa tips cara menjaga kesihatan hati.

1. Hindari minuman beralkohol. Minuman alkohol sangat sukar untuk diproses oleh hati untuk memproses, terutama apabila hati berada di bawah par(sudah overload). Minuman beralkohol juga memberi kesan sangat buruk pada metabolisme organ hati.

2. Elakkan pengambilan makanan segera, makanan yg mengandungi perasa tiruan, warna tiruan & bahan pengawet untuk mengelakkan hati berkerja lebih keras untuk menapis bahan-bahan ini. Selain itu, Kurangkan pengambilan gula halus & pemanis makanan sebanyak yg mungkin. Ini akan memudahkan kerja-kerja menapis hati.

3.  Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan "trans " lemak dan makanan goreng kerana makanan sebegini sukar untuk diproses oleh hati. 

4. Minum banyak air, air putih dapat membantu detoksifikasi tubuh sehingga dapat meringankan kerja hati.

5. Makan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, bawang, daun kucai dan daun bawang , kerana ia dapat mengurangkan kesesakan hati, dan dapat meningkatkan lagi keupayaan membersihkan hati

6. Minum teh hijau. Teh hijau adalah salah satu minuman yang mengandungi antioksidan. Antioksidan dapat menghalang radikal bebas dan membantu fungsi hati. Teh herba juga bagus untuk detoks hati dan ia boleh menjadi cara yang sempurna untuk memulakan sokongan pembaikan hati. Teh herba Mullein & bunga lawang sesuai untuk memulakan detoks yang lembut ini.

7. Menjaga kesihatan hati dimulai dari makanan yang kita makan, oleh itu banyakkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan seperti mangga, salad dalam hidangan seharian kerana sayur-sayuran adalah rendah lemak, tinggi antioksidan dan kaya dengan vitamin. 

8. Elakkan merokok, jauhi kesan asap dan berbagai bahan cemar. Asap-asap yang mengandung racun  masuk ke pembuluh darah kecil dalam paru-paru dan akan di bawa ke organ hati untuk tujuan detoksifikasi dan dihilangkan di hempedu.Oleh karena itulah, jumlah dan konsentrasi bahan kimia tersebut harus dikontrol untuk mencegah kerosakan hati anda.

9. Pastikan anda masukkan makanan "masam" ke dalam diet anda seperti jus lemon yang dianggap memulakan pembebasan enzim di dalam hati, untuk membantu proses detoksifikasi. Air kosong yang ditambah dengan jus lemon segar sangat sesuai untuk menyejukkan hati yang "panas".

10. Tingkatkan pengambilan antioksidan, iaitu makanan mentah seperti lada benggala, pasli , sayur-sayuran segar dan jus buah-buahan , bawang putih, lobak merah, sayur-sayuran , buah-buahan sitrus, bijian yang direndam atau yang telah dicambahkan dan mikro- alga seperti spirulina dan chlorella. Semua ini adalah nutrien antioksidan yang penting untuk hati anda.

11. Makanah multivitamin atau makanan tambahan yg berkuali tinggi bagi mengelakkan hati berkerja lebih kuat utk memproses. Kandungan multivitamin yg semulajadi dapat membantu hati melakukan detoksifikasi dgn baik

12. Pengambilan vitamin-C 1000-2000 mg setiap hari juga perlu untuk mengekalkan kesihatan hati walaupun terdapat vitamin-C di dalam multivitamin yang anda ambil.

13. Pastikan pengambilan protein anda pada tahap optima, kira-kira 30 - 65g sehari. Jika terlalu banyak mengambil protein, akan mengganggu aktiviti enzim hati. Sebaliknya, terlalu sedikit protein (biasanya masalah untuk orang yang mengamalkan vegetarian) juga tidak baik untuk hati, kerana hati perlukan asid amino (unit-unit yang membentuk protin) untuk memproses toksin.

14. Hati suka kepada makanan yang ringkas, seperti nasi whole grain (beras perang) kukus atau makanan whole grain organik dan sayur-sayuran dengan dressing rendah lemak sangat lembut (gentle) kepada hati.

15. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih setelah buang air besar dan air kecil serta sebelum menyiapkan hidangan kerana ia membantu kesihatan hati anda. Jaga la kerbesihan kerana kesihatan hati bermula daripada kebersihan diri serta amlan gaya hidup yang sihat. 

16. Ambil suplemen semulajadi yang tinggi antioksidan untuk menjaga hati serta membantu hati dalam mendetoksifikasi racun dalam tubuh.


Penyakit hati memberikan kesan yang sangat teruk. Jika hati anda membuat kerja berlebihan kesan dari pemakanan yang tidak baik dan sebagainya, ia akan membuat emosi anda berasa sangat tertekan, sedih, marah, paling teruk terlalu cemburu dan cepat marah terutama jika hati anda sudah bekerja teruk yang kronik (overextended).. so marilah kita menjaga kesihatan hati kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

''Amalan gaya hidup yang sihat bagi meningkatkan kesihatan hati"
Love,
Sue Anna


6 ulasan:

ibu5azri berkata...

Bila bacaan hati tinggi... hati akan jd keras dan akan gagal berfungsi

Unknown berkata...

Huhu..perlu jaga kesihatan hati. Risaunya bila kena jangkitan

Wazie Wahidah berkata...

Risaunya sebab tidak jaga pemakanan. Tapi syukur buat blood test semuanya normal. Lepas ni mesti jaga pemakanan dan buat semua tips di atas sebelum terlambat.

Unknown berkata...

Aspek pemakanan sangat kena jaga sekarang ni

Unknown berkata...

Mcm2 penyakit sekarang ini...takut tengok gaya hidup org zaman sekarang nie...

Unknown berkata...

Menyeramkan.. Betul2 kita perlu jaga hati

Set Kecergasan untuk Lelaki (Vitality set)

Opsss bukan wanita sahaja yang ada vitamin khas tau tetapi lelaki juga ada. Shaklee telah mencipta set khas untuk lelaki yang mahukan kesiha...