Selasa, 20 Jun 2017

Cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita


Assalammulaikum dan Salam Sejahtera



Ibu dan Ayah atau mak dan bapa adalah insan yang paling kita sayangi..tanpa mereka kita tak akan melihat dunia..


Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya

Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)


Terdapat beberapa cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita


1. Memberi kasih sayang
  • Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

2. Memberi perhatian
  • Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka akan terasa disisihkan dan tidak dipedulikan. 

3. Memenuhi permintaan
  • Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

4. Melakukan apa yang mereka gemari
  • Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. 

5. Bercakap dengan lemah lembut
  • Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. 

6. Meluangkan masa bersama-sama
  • Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

7. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
  • Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

8. Menghulurkan bantuan kewangan 

  • Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

9. Berikan mereka hadiah
  • Berikan lah mereka hadiah sempena hari jadi, ulang tahun perkahwinan mereka, hari ibu/ayah dan sebagainya. Walaupun hadiah itu tidak besar ataupun murah sahaja, ingatlah pemberian sesuatu daripada anak membuatkan mereka rasa dihargai dan diingati..hadiah yang paling bagus ialah berikan meraka vitamin untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka.

10. Menjaga mereka
  • Selagi mereka masih ada, berusahalah dan buat lah yang terbaik untuk menjaga mereka. 

Redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susah lah hidup kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti. Jadi, marilah kita mentaati dan jagalah kedua ibu bapa anda sebaik mungkin. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh..




Sama-samalah kita mengingati diri kita agar menjadi seorang anak yang berguna dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kita.. 



Love 
Sue Anna
Rindu sangat-sangat dengan kedua ibu bapaku..


5 ulasan:

Suzira Vun Sang berkata...

Ibubapa tiada bandingannya... Tidak ada yang boleh mengganti tempat mereka... So selagi mereka ada di muka bumi ni, hargailah mereka..

Bulan berkata...

rindunyaaa dgn parents.cabaran mereka yg tinggal jauh dgn parents

Fal berkata...

Tanpa ibubapa siapa la kita kan..

Ayu sabrina berkata...

Mak ayah kene hormat. Kalau derhaka sebelum kita mati Allah akan balas..

Norazian Ariffin berkata...

Sedihnya, lagi2 nak raya ni. Kakyan yatim piatu.

Set Kecergasan untuk Lelaki (Vitality set)

Opsss bukan wanita sahaja yang ada vitamin khas tau tetapi lelaki juga ada. Shaklee telah mencipta set khas untuk lelaki yang mahukan kesiha...