Cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita
Assalammulaikum dan Salam Sejahtera
Sesiapa saja
yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan
kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat
kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya
Yakin dengan
keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.Tangan yang
membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan,
kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah
gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara
melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang
tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan
menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia
duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang
baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya
yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka
kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari
daripada Abu Zar al-Ghifari)
1. Memberi
kasih sayang
- Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
2. Memberi
perhatian
- Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka akan terasa disisihkan dan tidak dipedulikan.
3. Memenuhi
permintaan
- Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
- Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka.
5. Bercakap
dengan lemah lembut
- Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
6. Meluangkan
masa bersama-sama
- Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
7. Mendoakan
kebaikan untuk ibu bapa
- Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
8. Menghulurkan
bantuan kewangan
- Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
9. Berikan mereka hadiah
- Berikan lah mereka hadiah sempena hari jadi, ulang tahun perkahwinan mereka, hari ibu/ayah dan sebagainya. Walaupun hadiah itu tidak besar ataupun murah sahaja, ingatlah pemberian sesuatu daripada anak membuatkan mereka rasa dihargai dan diingati..hadiah yang paling bagus ialah berikan meraka vitamin untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka.
10. Menjaga mereka
- Selagi mereka masih ada, berusahalah dan buat lah yang terbaik untuk menjaga mereka.
Sama-samalah kita mengingati diri kita agar menjadi seorang anak yang berguna dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kita..
Love
Sue Anna
Rindu sangat-sangat dengan kedua ibu bapaku..
Ulasan