Tips beraya dengan anak-anak

Assalammulaikum & salam sejahtera..



Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. so bila tiba hari raya, sesi kunjung mengunjung adalah perkara yang selalu diamalkn semasa Hari Raya..


Jadi semasa pergi beraya ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa pergi beraya bersama anak-anak, antara tipsnya adalah seperti:

1. Disiplin - Sebagai ibu bapa kita perlu mengingatkan kepada anak-anak kita tentang adab mengunjungi dan beraya di rumah sanak-saudara sebelum pergi jalan beraya supaya tingkah laku mereka tidak 




2. Pakaian - Pakaikan anak-anak dengan pakaian yang menyerap peluh dan kain yang tidak terlalu tebal. Pakaian yang tebal boleh menyebabkan anak mudah berpeluh dan tidak selesa.


3. Keperluan Si Baby - Sekiranya anda beraya bersama anak yang kecil pastikan segala keperluannya di bawa bersama seperti lampin pakai buang, baju, susu, botol susu, bekalan makanan dan sebagainya.

4. Jaga Masa - elakkan berada terlalu lama di sesebuah rumah bagi mengelakkan anak anda tidak bosan dan meragam. Segeralah beredar bila anak anda menunjukkan tanda-tanda bosan ataupun stress.




5. Baju Menyusu/nursing cover -  Sekiranya anda masih lagi menyusukan anak pastikan anda memakai pakaian yang sesuai agar anda selesa dan mudah menyusukan anak atau pun membawa nursing cover

6. Hiburan semasa perjalananSekiranya perjalanan dari satu rumah ke rumah yang lain itu jauh jaraknya, bawa beberapa barang permainan sebagai hiburan bagi anak-anak anda yang sudah keletihan itu. Sekiranya anda ingin memberi mereka bermain dengan gajet, pastikan mereka boleh berkongsi dan tidak berebut dan bergaduh kemudiannya
7. Bawa air putih - Pastikan anda membawa air putih untuk mengelakkan anak anda daripada kehausan.. lagipun kebanyakan minuman yang dihidang semasa hari raya adalah minuman manis & bergas..

Semoga tips ini berguna kepada kita


Selamat hari raya

love
Sue Anna

Ulasan

Unknown berkata…
Bagus tipsnya.. terima kasih
Bila dah ada anak..keutamaan dorang lebih dititikberatkan..itu yg penuh barang dlm bonet kereta
Brigett Rusx berkata…
Bagus tips ni.. tq boleh share dengan kawan2 muslim nanti ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Tips yg sangat membantu๐Ÿ˜

Catatan popular daripada blog ini

Minuman Isotonik yang lebih Sihat

SOYA NON GMO

Vitamin untuk kecutkan Cyst dan Fibroid